Followers

Wednesday, April 13, 2011

Justin Bieber Putus Cinta Kerana Aksi Cium?



DESAS-DESUS mengejutkan tentang penyanyi remaja Justin Bieber (gambar) yang popular dengan lagu Baby dikhabarkan telah putus cinta dengan aktres Selena Gomez.
Menurut majalah US, Selasa, Selena memutuskan untuk berehat sejenak daripada menjalinkan hubungan cintanya bersama Justin.
Namun menurut sumber lainnya, aktres Disney itu terus memutuskan hubungan dengan Justin kerana lelaki itu mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada model salah satu klip video Justin, Jasmine Villegas.
Penyanyi berusia 17 tahun itu pernah dilihat sedang mencium bibir Jasmine di belakang kereta di Kanada.
"Selena patah hati. Setelah dia meminta penjelasan Justin, pada mulanya lelaki itu mengelak tetapi kemudian mengakuinya.
"Selepas itu, Selena mengatakan bahawa hubungan cintanya sudah berakhir," kata sumber terdekat kedua-duanya kepada National Enquirer.
Meski demikian, Selena masih mahu berkawan dengan penyanyi yang popular menerusi Youtube itu.
Selama ini, Justin Bieber tidak pernah mengakui dirinya sedang bercinta dengan Selena.
Namun keduanya kerap dilihat bermesraan menerusi gambar yang dirakamkan.

Tuesday, April 12, 2011

Dakwaan telur tiruan tidak benar

PERBEZAAN dua jenis kuning telur dari telur ayam yang berlainan gred


PUTRAJAYA – Kebimbangan orang ramai terhadap kewujudan telur ayam tiruan sejak seminggu lalu berakhir apabila ujian terhadap sampel telur ayam didakwa tiruan yang dirampas di sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang mendapati ia adalah telur tulen.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, ujian itu dilakukan melibatkan kandungan telur berkenaan serta kulitnya.
Beliau bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat keganjilan pada telur-telur terbabit termasuk aspek fizikalnya yang bersaiz besar dan ia tidak sesuai dijual kepada pengguna.
“Mengikut kajian, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa oleh CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) ialah telur itu luar biasa dari segi saiz sama ada besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.
“Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang terhadap ketulenan telur di pasaran dan ia di dalam pengawasan serta tindakan pihak kerajaan,” katanya pada sidang akhbar mengenai isu telur tiruan di ibu pejabat jabatan itu di sini semalam.

Monday, April 11, 2011

Luna Lawat Ariel 4 Kali Seminggu


Luna Maya dan Ariel

SETELAH dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun enam bulan, Ariel masih berada di Rutam Kebon Waru, Bandung.
Dalam pada itu, kekasihnya, Luna Maya yang kini sudah kembali aktif dalam industri hiburan Indonesia sempat meluangkan masa empat kali seminggu melawat teman lelakinya itu.
"Luna sering datang ke Rutan seminggu tiga atau empat kali," ujar pengurus Peterpan, Budi.
Ariel juga mengaku sentiasa menyokong kerjaya Luna selepas bangkit dari kes Video lucah yang hampir menjatuhkan kerjayanya.
"Kami banyak bercakap tentang soal tindakan yang harus diambil sekarang. Tentang kerjaya dia masih belum mahu bercerita, Cuma dia sentiasa menyokong apa yang kekasihnya lakukan," katanya.
Setelah menerima vonis 3 tahun 6 bulan penjara, Ariel kini masih meringkuk di Rutan Kebon Waru, Bandung. Empat kali dalam seminggu, Luna Maya pun menjenguknya.
Luna Maya secara perlahan mulai kembali ke rutinitasnya. Walaupun sudah disibukkan dengan aktivitas syuting, ia tak pernah melupakan kekasihnya di penjara.
"Luna masih sering datang ke Rutan. Seminggu dia bisa 3-4 kali datang," ujar Budi, manajer Peterpan saat dihubungi detikhot melalui telepon, Jumat (25/3/2011).
Ariel juga mengaku selalu mendukung kelanjutan karier kekasihnya tersebut. Setelah kasus video pornonya menyeruak ke publik, Luna Maya memang seperti kehilangan semua pekerjaannya.
"Kita bicara lebih fokus untuk proses hukum dia sekarang. Kalau soal itu dia nggak cerita. Cuma Ariel pasti support aja," ungkap Budi.

Friday, April 8, 2011

Guru retak batang hidung ditumbuk pelajar

KANGAR - Seorang guru cedera di bahagian hidung setelah ditumbuk oleh seorang pelajar ketika cuba mendapatkan penjelasan mengenai satu kes pergaduhan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan, Padang Besar dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, guru tersebut, Mariati Matail, 37, retak pada batang hidung akibat ditumbuk oleh pelajar tingkatan dua berkenaan di koridor bangunan sekolah itu.
Ketika kejadian, Mariati yang mengajar subjek Sejarah terserempak dengan pelajar terbabit yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar lain.
"Saya panggil pelajar itu dan mahu membawanya ke bilik guru untuk mendapatkan penjelasan mengenai pergaduhan itu.
"Bagaimanapun dalam perjalanan ke bilik itu, tiba-tiba dia menumbuk hidung saya," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.
Akibat tumbukan tersebut, hidung Mariati berlumuran darah dan dia kemudian bergegas ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HTF.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Tuesday, April 5, 2011

Kerajaan Belum Hasrat Naik Harga Petrol RON 95 Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum berhasrat menaikkan harga petrol RON 95 dalam tempoh yang terdekat walaupun harga semasa minyak mentah di pasaran dunia semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.
Lim berkata kerajaan telah mengambil tindakan yang sewajarnya dengan hanya menaikkan harga minyak RON 97 baru-baru ini.
"Bagaimanapun, kerajaan tidak memberi jaminan harga minyak RON 95 akan terus kekal, ini disebabkan harga bahan api dalam pasaran dunia itu adalah tinggi sehingga mencecah US$108 setong," katanya menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mengenai langkah kerajaan berikutan kenaikan harga petrol RON 97 baru-baru ini pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.
Kenaikan petrol RON 97 dengan harga baru dijual pada RM2.70 seliter bermula 1 April lepas, bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

selanjutnya disini

Naik lagiiiiii......

Monday, April 4, 2011

Murid Kena Pukul Meninggal Dunia, Penyelia Asrama Ditahan

ALOR SETAR: Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini, Ahad.
Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lepas.
Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya berkata suspek yang juga Penyelia Asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.
"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada pukul 1.40 pagi Jumaat.
"Saya dapat panggilan daripada seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas tu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.
Hazirah berkata dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya.
"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup," katanya.
"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," tambahnya.
Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.
"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya.
Saiful Sopfidee berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada pukul 8 pagi pada hari Jumaat bahawa Saiful Syazani dimasukkan ke hospital kerana dipukul orang.
Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang Jumaat.-BERNAMA

Friday, April 1, 2011

Malek Noor Masuk ICU Rebah Semasa Main Bola



IPOH: Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor, dimasukkan ke sebuah hospital di sini malam Khamis selepas sesak nafas semasa menyertai perlawanan bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak di sini.
Malek, 54, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.
Malek, yang menjadi penjaga gol, rebah secara tiba-tiba selepas lima minit perlawanan bermula, kata Pengerusi Jawatankuasa Piala Amal Menteri Besar Datuk Azhar Ahmad.
Perlawanan berkenaan menemukan pasukan pilihan Menteri Besar Perak dengan pasukan Lagenda Negara yang dibarisi beberapa bekas pemain kebangsaan seperti K. Gunalan, Hassan Sani, Karim Pin, Khalid Ali, Shahrin Majid, Ahmad Yusof, Shukor Salleh dan Bakri Ibni.
Malek, yang mewakili pasukan Lagenda Negara, pada mulanya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun sebelum dipindahkan ke Hospital Pantai.
"Kita sama-samalah berdoa supaya beliau cepat sembuh," kata Azhar.
Perlawanan persahabatan itu adalah antara bekas pemain kebangsaan era 60-an hingga 90-an menentang pasukan veteran Menteri Besar Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Pasukan Lagenda Negara menang 1- 0 pada perlawanan itu hasil jaringan Sharin Majid.
Pasukan Menteri Besar dibarisi beberapa bekas pemain Perak seperti Azizul Abu Haniffa, Ramli Talib, A. Elangovan, Roafandi Yusof, Ahmad Shahrul Azhar, Chan Kok Heng dan P. Umaparam.
Lebih 1,000 penonton menyaksikan perlawanan itu. Sebanyak RM10,000 berjaya dikutip untuk disumbangkan kepada tabung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).-BERNAMA