Followers

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Video Lucah : Ariel Peterpan Terima Hukuman Penjara

Sumber


Ariel Peterpan

BANDUNG: Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung Isnin, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan.

Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup. Mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel kelihatan menangis.

Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Jan lepas yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke terhadap penyanyi itu.

Dalam keputusan hari ini, majlis tiga orang hakim sepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah.

Luna Maya setia menemani Ariel ketika mendengar keputusan mahkamah.

Sebelum ini, kes pengedaran video porno dirinya dengan kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari tahun lalu menggemparkan negara dan menghebohkan masyarakat apabila ia tersebar dengan cepat di Internet sehingga dapat diakses termasuk melalui telefon bimbit.

Di laman sosial, kes ini yang dikenali sebagai "Ariel Peterporn" turut menarik perhatian dunia dalam banyak akaun Twitter.

Ariel dan Luna Maya tidak mengakui bahawa mereka adalah pelaku dalam aksi porno itu, namun Cut Tari telah membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka bahawa video itu benar antara dirinya dan Ariel, dan mempertahankan kenyataan itu sebagai saksi dalam perbicaraan kes Ariel itu.

Ariel, yang kelihatan tersenyum mendengar keputusan hakim seperti telah menduga hukuman yang akan diterima hari ini, tidak memberi apa-apa kenyataan apabila ditanya oleh hakim sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Penyanyi itu diberi waktu seminggu untuk mengemukakan rayuannya.Ariel dikawal ketat oleh anggota polis semasa dibawa keluar dari ruang persidangan mahkamah melalui pintu belakang bagi mengelak dikerumuni wartawan dan orang ramai.- BERNAMA

Monday, June 21, 2010

Tiz bukan penggoda lelaki





DIA, Tiz Zaqyah, 21, awal-awal lagi tahu diri bukan berada di kandang pesalah. Tiada apa harus dibimbangkan. Malah, jauh sekali untuk meloloskan diri daripada buruan pihak media selepas dituduh 'merampas' dua lelaki menjadi milik orang.

Bukan rahsia lagi. Walaupun tidak menyebutkan nama Tiz, tetapi pertuduhan yang dilemparkan baru-baru ini merujuk kepada Tiz cuba menggoda teman lelaki Fasha Sandha, Rizal Asyram dengan mempelawa keluar pukul 4 pagi. Lebih mengejutkan, timbul cerita Tiz dikatakan meminta sebuah kereta mewah daripada individu berkenaan.

Tidak terhenti di situ, pemain karakter Nur Amina dalam drama bersiri, Nur Kasih itu didakwa juga menghubungi Fizz Fairuz, teman lelaki pelakon Almy Nadia, kira-kira pukul 3 pagi, Dikatakan Blackberry milik Tiz membuat panggilan sebanyak 10 kali kepada Fizz yang turut berlakon sama dalam produksi Nur Kasih.

Satu persatu tohmahan ditujukan percuma kepada Tiz menerusi sebuah laman sosial. Kesempatan bertentang mata dengan wanita bermata bundar itu pada sidang media Nur Kasih yang diangkat ke versi layar lebar, tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja.

seterusnya

Thursday, June 10, 2010

Tiara belum putus harap


NADA suara Tiara bertukar serius apabila memperkatakan tentang pandangan segelintir pihak tentang industri teater muzikal.
Keseriusan Tiara mengangkat industri teater muzikal tempatan ke peringkat global tiada hadnya walaupun ada segelintir pihak yang memandang sinis usahanya itu.

Wednesday, June 9, 2010


PETALING JAYA: Akhirnya kemelut yang melanda rumah tangga vokalis kumpulan OAG, Radhi Razali dengan Shazlin Sharif berakhir apabila Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, mengesahkan lafaz cerai yang dibuat penyanyi itu.

BERMAAFAN...Radhi bersalaman dengan Shazlin selepas disahkan bercerai talak satu.
Tepat pada jam 3.05 petang, Radhi, 33, dan Shazlin, 32, yang juga bekas penyanyi kumpulan GIM itu disahkan bercerai talak satu oleh Hakim Syarie Tuan Fazil Che Hasan.

Terdahulu, Shazlin yang diwakili peguam syarie Rubiah Jaffar memaklumkan kepada mahkamah pada 16 Oktober 2009, kedua-dua pihak membuat perjanjian dan menandatangani persetujuan berhubung nafkah edah, mutaah dan nafkah anak.

Radhi diwakili peguam syarie, Musa Awang mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa anak guamnya bersetuju untuk melafazkan cerai secara baik melalui kebenaran mahkamah.

Menjawab pertanyaan hakim, Rubiah memaklumkan anak guamnya sudah tidak menetap bersama dengan Radhi sejak 2008.

Hakim kemudian membenarkan permohonan itu dan mengarahkan sijil nikah pasangan itu dibatalkan dan perceraian perlu direkodkan di Jabatan Agama Islam Daerah Petaling.

Mahkamah juga merekodkan persetujuan bersama mereka iaitu Radhi bersetuju memberi nafkah edah sebanyak RM3,000, tiada tuntutan mutaah dikemukakan dan nafkah anak mereka Muhammad Rifdhi Muslim, 5, sebanyak RM460 sebulan.

Radhi juga bersetuju membayar insurans pendidikan RM200 sebulan dan bayaran itu dibuat sebelum atau pada 1 hari bulan setiap bulan.

Dah berpisah kenapa masih berpelukan.....Dunia artis ...

Status nikah Bung Mokhtar esok

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, menetapkan esok untuk keputusan permohonan pengesahan dan pendaftaran pernikahan antara Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, pelakon Zizie Izette A Samad yang berlangsung di sebuah banglo di Taman Melati, Selangor, Disember tahun lalu.


Hakim Kanan Syarie Mohd Abdul Radzi Abd Latif menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas mendengar keterangan pasangan itu; abang Zizie yang menjadi walinya, Datuk Ahmad Shahazami, 48; saksi perkahwinan mereka, abang Zizie, Samzy Fuzette, 34; dan adiknya Shaheizy Sam, 28.

selanjutnya disini.