Followers

Wednesday, February 2, 2011

Zizie Ezette Masuk Wad Suspek Demam Denggi


PETALING JAYA: Aktres popular Zizie Ezette Abd Samad, 32, (Zizie) kini ditahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang, selepas disyaki menghidap demam denggi.
Kata isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Mokhtar itu, dia dimasukkan ke hospital tersebut pada malam Isnin lalu selepas mengalami demam yang teruk semalaman.
"Saya mula ditahan di wad sejak malam tadi (Isnin). Sebenarnya sejak semalam lagi saya sudah mula demam dan menggigil yang teruk. Memandangkan saya berada berseorangan di rumah sebab suami kini berada di Sabah, saya tidak larat untuk ke klinik sendiri.
"Mujurlah pada malam semalam (Isnin) ibu datang ke rumah dan menghantar saya ke hospital," katanya sewaktu dihubungi mStar Online, Selasa.
Walaupun masih belum mendapat pengesahan rasmi daripada doktor, beberapa simptom seperti muntah, sakit sendi, keluar bintik-bintik merah di kulit dan cirit-birit yang dialaminya itu menjurus kepada demam denggi.
"Selepas pemeriksaan darah semalam, doktor memberitahu simptom yang saya alami ini menjurus kepada demam denggi. Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada keputusan rasmi daripada doktor.
"Saya kena tunggu sehingga esok atau lusa untuk pengesahan sama ada benar-benar dijangkiti demam denggi atau sebaliknya," katanya yang percaya mendapat penyakit itu ketika bercuti ke Filipina bersama suaminya, baru-baru ini.

sumber

Tuesday, February 1, 2011

RON97 Naik 10 Sen Kepada RM2.50

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam Isnin, menurut seorang sumber kerajaan.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya, lapor Malaysiakini.
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Naik lagi..... kenapa tak RM3 terus...