Followers

Wednesday, May 12, 2010

Good Morning

Hai dah lama tak bersiaran huhuhu, tak de mood sebenarnya, sibuk sama dengan kerja dan yang tak seronoknya buat itu tak kena buat ini tak kena pendek kata serba tak kena.

Ada kawan pun macam hampeh , maklum la diorang semuakan dan otai bab kerja ni, aku baru nak mula bekerja, Kenapa perlu pandang rendah dengan orang baru, Hishhhh tak larat nak fikir, buang masa..

Monday, February 8, 2010

Cara berpantang bagi perempuan bersalin

1. Jangan makan gula, minyak, santan ini boleh melambatkan proses penyembuhan.

2. Tidak boleh makan yang berkuah, ini membuatkan bahagian sulit terlalu banyak air.

3. Ketika buang air besar jangan meneran, dikhuatiri peranakan akan turun.

4. Jangan minum minuman berais.

5. Jangan tengok cermin 44 hari, menurut kepercayaan boleh mengurangkan seri wajah.

6. Jalan perlahan setapak demi setapak, ini kerana dikhuatiri luka jahitan akan terbuka.

7. Cakap perlahan ditegah menjerit dan bercakap kuat.